Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

๐Ÿ’“ LATAR BELAKANG & PENGENALAN DIRI ๐Ÿ’“


Assalamualaikum and hai readers ! Harapnya semua baik - baik sahaja ya. Terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. So, first thing first, izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang diri saya. Tak lengkap lah blog ini jika tidak diselitkan perihal saya bukan ? Nama diberi, Hanis Farhana binti Jamil. No matrik 203929. Saya berumur 22 tahun. Bulan kelahiran saya ialah bulan tiga dan saya lahir pada 26 haribulan. Thanks to my parents kerana telah menjaga saya dengan baik, hingga ke saat ini. 

    Alhamdulillah, setelah tamat STPM, saya telah diterima masuk untuk meneruskan pengajian dalam peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia. Sukar nak percaya pada mulanya, kerana UPM adalah universiti idaman saya semenjak saya masih belajar di sekolah menengah lagi. Tetapi, saya perlu sentiasa mengingatkan diri, bahawa perjalanan saya masih jauh. Masih banyak perkara yang perlu saya belajar dan tempuhi. Doakan saya kuat dan berjaya untuk menghabiskan pelajaran di universiti dengan cemerlang.  

    


Gambar ketika raya aidilfitri pada tahun lepas.

Saya berharap, siapa jua yang membaca blog ini, moga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memudahkan segala urusan kalian. Aaminn, InsyaAllah. Semoga kita semua sempat dan diizinkan oleh Allah untuk bersama-sama merasai kemanisan bulan Ramadan pada tahun ini. 




4 comments: