Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


PENDEKATAN ANALISIS WACANA

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

HURAIAN

PRA – ANDAIAN

1.      Intuisi

2.      Konteks

 


-Pra - andaian dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu Intuisi dan konteks.

-Intuisi merupakan kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu perkara tanpa perlu menguunakan pemikiran rasional.

-Intuisi juga merupakan gerak hati yang berlaku secara tiba-tiba.

-konteks merupakan sesuatu perkara yang dilihat dari beberapa aspek iaitu penerimaan, perujukan, keperluan dan lain-lain.

 

EMOSI

1.      Positif & Negatif  

2.      Emosi Bercampur

 

-Emosi dapat didefinisikan sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu.

-Emosi adalah kompleks dan perasaan yang kuat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu.

-Emosi seseorang dapat dilihat dari cara seseorang itu memberi reaksi.

-Emosi juga dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang.

-Emosi bercampur bermaksud seseorang merasa sedih dan kecewa pada waktu yang sama.

 

NILAI DAN BUDAYA

1.      Diri

2.      Masyarakat

3.      Adat

 

-Budaya dan adat merupakan tingkah laku sosial atau norma yang dilakukan oleh masyarakat.

-Nilai pula merangkumi sikap positif seperti jujur, amanah dan ikhlas.

-Nilai sangat penting untuk diamalkan bagi melahirkan masyarakat yang saling menghormati dan bekerjasama.

-Setiap individu juga perlu mengamalkan nilai-nilai yang baik.

-Masyarakat yang Bersatu mampu melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

 

BAHASA

1.      Bahasa Pertama / Kedua / Ketiga

2.      Formal / Tak Formal

3.      Kesalahan Bahasa

-Bahasa merupakan satu pentunjuk kepada sesuatu kebudayaan (Asmah Haji Omar)

-Bahasa juga difokuskan kepada tiga bahagian iaitu, bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga.

-Setiap kesalahan yang berlaku dalam bahasa dapat dikaji dan diteliti semula.

-Bahasa juga berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman.

INFERENS

1.      Rumusan keseluruhan

2.      Rumusan topik perbincangan.

3.      Penutup kata

 

-Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu, rumusan keseluruhan, rumusan

 topik perbincangan dan penutup kata.

-Rumusan keseluruhan merupakan satu ringkasan mengenai sesuatu.

-Setiap perbincangan atau penulisan memiliki rumusan atau kesimpulan bagi setiap topik yang diketengahkan.

-Rumusan topik perbincangan pula merupakan kesimpulan akhir yang dapat 

 dibuat daripada sesuatu perbincangan.

-Penutup merupakan kata kunci yang digunakan sebagai agar sesuatu penulisan lebih jelas dan lengkap.


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.




No comments:

Post a Comment