ELEMEN KESESUAIAN
(INTERNET)
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Hidupan Liar |
Rujukan |
https://www.exploreshaw.com/elephant-nature-park-chiang-mai/ |
Huraian |
Gambar dua ekor gajah iaitu ibu dan anaknya sedang makan tumbuhan hijau. Terdapat timbunan tumbuhan hijau berhadapan dengan dua ekor gajah tersebut. Langit yang cerah menunjukkan suasana waktu pagi. Gambar ini turut mempunyai latar gunung-ganang berwarna hijau.
|
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Snek |
Rujukan |
https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/snack/2770/Golden_Salted |
Huraian |
Biskut berperisa telur masin. Terdapat imej animasi cili, telur
masin, itik, dan mentega. Imej animasi tersebut menunjukkan sumber perisa
snek tersebut. Teks secara jelas menyatakan nama snek tersebut. Latar gambar
bersesuaian dengan tema. Imej snek di dalam pinggan difokuskan menunjukkan
rupa bentuk snek tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Alam semula jadi |
Rujukan |
|
Huraian |
Foto seekor ayam yang sedang berkokok pada waktu
pagi. Selain itu, pemilihan latar masa dan warna juga bersesuai dengan foto
ayam dan tema grafik tersebut. Grafik ini juga memberi ketenangan pada semua
yang melihatnya. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Padang |
Rujukan |
|
Huraian |
Berdasarkan
gambar diatas, terdapat seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain
layang-layang di atas padang. Selain itu, kawasan sekeliling padang tersebut
juga dipenuhi pokok-pokok yang besar dan rumput yang menghijau. Malah
pemandangan awan yang membiru pada ketika itu juga turut menyeimbangkan lagi
suasana kawasan padang tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Memancing |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar di
atas jelas menunjukkan seorang lelaki yang sedang memancing di kawasan laut
pada bahagian gigi air. Gambar ini dikatakan element kesesuaian kerana
tempatnya merupakan tempat sesuai untuk memancing dan pemancing juga
mengenakan pakaian(topi, cermin mata, baju lengan panjang dan seluar panjang)
yang mempunyai ciri keselamatan pemancing dan kelengkapan memancing yang
sesuai(kekili, joran). |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Sejarah |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar ini
diambil di satu bahagian daripada tapak peninggalan Villa Adriana, Tivoli,
Itali yang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong/pelawat. Di dalam
gambar ini kita dapat melihat pelancong/pelawat yang sedang mengamati dan
mengambil gambar di kawasan sekeliling mereka. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Fantasi |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
tersebut bertemakan fantasi. Pemilihan latar tempat ialah sebuah istana Inggeris
di tepi laut. Selain itu, pemilihan latar dan warna telah memberikan aura
tenang dan fantasi. Seterusnya, pemilihan pakaian sangat penting untuk
kesesuaian dengan tema tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Alam semula jadi |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar di
atas menunjukkan seekor rusa yang sedang berjalan pada waktu pagi atau petang
di tengah-tengah hutan. Gambar ini sesuai kerana latar tempat iaitu hutan
merupakan habitat haiwan tersebut. Manakala pemilihan haiwan juga amat
diambil berat kerana kesalahan dalam pemilihan haiwan dapat mengelirukan
orang yang melihat gambar tersebut. Contohnya haiwan seperti seekor kucing
yang kebiasaanya merupakan haiwan peliharaan di setiap rumah. Ianya jelas
factor pemilihan haiwan juga mempengaruhi gambar yang diambil. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Perayaan |
Rujukan |
|
Huraian |
Memaparkan suasana di malam raya. Sesuai kerana
selalunya bermain bunga api pada waktu malam. Dua orang kanak-kanak lelaki
dan perempuan serta bersama dengan dua orang lelaki dewasa sedang bermain
bunga api. Di belakang pula menunjukkan beberapa wanita sedang memasak juadah
hari raya. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Haiwan |
Rujukan |
https://best-wallpaper.net/Sumatran-tiger-observation-bamboo_wallpapers.html |
Huraian |
Foto ini
menunjukkan gambar seekor harimau di dalam hutan rimba. Foto ini menepati
elemen asas grafik iaitu dari aspek kesesuaian. Hal ini kerana, watak yang
terdapat dalam gambar ini iaitu harimau sesuai dengan latar tempat iaitu,
hutan rimba. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Keluarga |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar dia atas lebih menonjolkan elemen kesesuaian yang dapat dilihat waktu senja yang sesuai dengan warnanya yang berwarna oren akibat pancaran matahari yang akan terbenam. Oleh itu, kecantikan sinaran matahari yang terbenam menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi tempat itu pada waktu senja. Gambar ini bersesuaian dengan waktu dan warna disekitarnya. ELEMEN KESESUAIAN
(IMEJ
SENDIRI) |
Elemen |
Kesesuaian
|
Tema |
Pertanian
|
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Grafik diatas mengfokuskan kepada mesin padi dan latar tempat iaitu
sawah padi. Mesin padi yang hadir dalam grafik dilihat sesuai dengan latar
tempat yang dipilih iaitu sawah padi. Selain itu, gambar ini juga mudah
difahami apabila dilihat oleh seseorang. Warna yang terdapat dalam grafik
juga menarik dan menonjolkan mesin padi yang menjadi mesej utama dalam grafik
tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian
|
Tema |
Flora
dan Fauna |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Pemilihan latar tempat ialah alam sekitar. Selain itu, fokus utama
gambar merupakan bunga tersebut. Seterusnya, pemilihan latar bersesuaian
dengan tema tersebut kerana latar tempat dalam foto tersebut merupakan
habitat bagi flora dan fauna seperti bunga, pokok dan lain – lain.
|
No comments:
Post a Comment