Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 


CELIK BAHASA ISYARAT







Segmen cakna ilmu : Sembang Tamu, bersama - sama Profesor Normaliza Abd Rahim, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Anjuran : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 6 April 2021


Pada masa ini, penguasaan terhadap bahasa isyarat oleh dikatakan telah menjadi satu kepentingan. Setiap individu disarankan untuk belajar dan memahami bahasa isyarat ini. Bahasa isyarat digunakan untuk berkomunikasi di mana seseorang itu saling bertukar maklumat dan idea. Antara kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi ialah membantu pelajar bermasalah pendengaran menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi pelajar yang bermasalah pendengaran boleh meningkatkan interaksi sosial antara pelajar dengan masyarakat sekeliling. Pelajar bermasalah pendengaran boleh meningkatkan perhubungan dengan berkawan dengan orang yang senasib menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dalam komunitinya. Jelslah,  bahasa isyarat sangat penting bagi membentuk satu perhubungan sosial pelajar bermasalah pendengaran bagi mengawal masalah mereka yang seringkali disisihkan  oleh masyarakat.




BUKTI KEHADIRAN
HANIS FARHANA BINTI JAMIL (203929)


No comments:

Post a Comment