Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Penerbit UMT Kuala Nerus.


    Cerita sosial 2 yang bertajuk ‘Saya yang Istimewa’ dimulai dengan imbas semula kisah yang telah berlaku pada hari ahad yang lalu. Pada ketika itu, ayah telah membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan seperti manggis, rambutan, buah langsat, duku dan banyak lagi. Abang Imran bertanya dimanakah ayahnya membeli buah-buahan tersebut. Ayah menjelaskan bahawa dia membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Ayah juga menyuruh abang Imran memanggil ibu dan adik-adiknya untuk amkan bersama. Madinah dan Aisyah teruja melihat buah-buahan yang banyak itu. Ibu mengingatkan mereka agar membuang sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan olehnya. Ibu melarang mereka membuang sampah merata-rata supaya rumah kekal bersih dan tidak bersepah. Mereka semua mengangguk tanda faham akan peringatan dari ibu. Sedang mereka menikmati keenakan buah-buahan tersebut, Alim meminta izin ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman, iaitu jiran sebelah rumah mereka. Alim juga sentiasa ingat akan pesan ibu dan bapanya supaya sentiasa berkongsi barang atau makanan yang disukai oleh kita dengan orang lain kerana berkongsi  merupakan amalan yang mulia. Ibu memuji Alim kerana sentiasa ingat akan pesannya. Ibu memberi plastic yang berisi buah-buahan kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya sebelum berlari-lari ke rumah Sulaiman untuk menyerahkan buah-buahan tersebut. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim ketika menerima buah-buahan tersebut. Alim tersenyum gembira. Alim mengerti bahawa berkongsi merupakan satu perkara yang baik. Alim juga yakin bahawa adik beradiknya juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. Alim membantu ibu, abang Imran dan kak Madinah untuk mengemas rumah setelah selesai makan. Alim membawa kulit buah-buahan untuk dibuang ke tong samoah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman ketika ingin membuang sampah. MAk Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkonsi buah-buahan dengan anaknya, Sulaiman. Alim mengatakan berkongsi itu merupakan perkara yang baik. Alim juga memberitahu kepada Mak Cik Timah, ibunya selalu berpesan bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan suaminya iaitu Pak Cik Yakub merupakan seorang jiran yang baik.  Mak Cik Timah menyahut dengan mengatakan bahawa Alim juga merupakan seorang anak yang baik dengan wajah yang sedih. Alim hairan lalu bertanya mengapa Mak Cik Timah kelihatan sedih. Mak Cik Timah mengatakan bahawa dia tidak sedih, akan tetapi dia suka melihat Alim berkawan baik dengan anaknya, Sulaiman. Alim mengatakan bahawa, dia juga suka berkawan dengan Sulaiman dan mengaku bahawa Sulaiman adalah rakannya. Mak Cik Timah hanya memandang Alim yang berjalan masuk ke dalam rumah sambil mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat keluarga itu. 




No comments:

Post a Comment