Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 SEMBANG TAMU DILEMA PENGEMBARA




Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Link Video : https://youtu.be/bQCPNh8Es1o


    Pada 16 April 2021, satu perkongsian yang sangat menarik telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan tajuk 'Dilema Pengembara'. Perkongsian yang sangat menarik ini telah disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Terdapat pelbagai maklumat dan cerita pahit manis yang telah disampaikan oleh Dr Aliaa sendiri berenaan dengan pengalaman beliau dalam pengembaraan. Beliau juga berkongsi bahawa beliau telah berjaya mengembara ke 21 buah negara. Hal ini sangat mengejutkan dan memberi inspirasi kepada saya bahawa tidak mustahil bagi saya untuk pergi ke arah itu juga satu hari nanti. Berjalan ke tempat orang merupakan hal yang paling saya idam-idamkan sejak dahulu. Mendengar pengalaman yang dikongsi oleh Dr Aliaa membuatkan saya sangat bersemangat untuk meneruskan impian dan cita-cita itu. Moga ada rezeki suatu hari nanti. Aaminn 😊




Bukti Kehadiran



No comments:

Post a Comment